Nik Sharif cari pengalaman Piala AFC

Nik Sharif (kanan) tekad membaiki prestasinya bersama TFC. -Foto TFC
Nik Sharif (kanan) tekad membaiki prestasinya bersama TFC. -Foto TFC
A
A
A

PEMAIN sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memilih Terengganu FC (TFC) kerana mahu pengalaman beraksi di Piala AFC 2023.

Pemain berusia 25 tahun itu yang sebelum ini dipinjamkan kepada skuad Penyu secara pinjaman daripada Selangor FC sejak Mei lalu mengakui menerima banyak tawaran daripada beberapa kelab lain.

Namun, dia memilih TFC selepas pasukan itu memberikan banyak minit permainan selain pengalaman berharga ketika berstatus pemain pinjaman.

"Untuk tahun 2023, sudah tentu saya mahu bantu TFC dapat pencapaian lebih baik. Dari segi prestasi individu sendiri, saya mahu lebih meningkat daripada tahun lepas.

"Sebab utama saya pilih TFC juga sebab mahu pengalaman main di Piala AFC," katanya.

Sepanjang dipinjamkan ke TFC, pemain kelahiran Pahang itu membantu TFC muncul naib juara Piala FA dan Liga Super, separuh akhir Piala Malaysia selain layak ke Piala AFC.

Dalam pada itu, dia turut menyifatkan penyokong TFC antara penyokong terbaik dalam kancah bola sepak negara dan mengharapkan sokongan itu kekal berterusan.

"Sepanjang saya di sini, penyokong memang terbaik. Mereka sokong sehabis baik sampai kita main di Sabah pun ada penyokong turun.

Artikel Berkaitan:

"Untuk 2023, saya harap sokongan itu tetap sama kepada kami walaupun pasukan boleh dikatakan separuh muka baharu untuk tahun depun. Saya harap penyokong terus positif bersama pasukan," katanya.