Malaysia antara 10 negara pilihan rakyat China

Malaysia antara pilihan warga China - Gambar hiasan
Malaysia antara pilihan warga China - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merupakan antara 10 negara pilihan rakyat China untuk melancong ke luar negara menerusi carian di laman web Trip.com Group.

Menurut laporan portal antarabangsa, pengendali laman web berkenaan turut menyenaraikan beberapa negara lain yang menjadi pilihan warga berkenaan iaitu Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macao dan Hong Kong.

Sebelum ini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Isnin mengumumkan, pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan, sekali gus menamatkan polisi hampir tiga tahun.

Pihak berkuasa juga memaklumkan, warga China turut dibenar untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.

Ketika wabak Covid-19 berleluasa, kerajaan negara itu tidak membenarkan warganya mendapatkan pasport atau meninggalkan negara itu, melainkan atas faktor penting seperti perniagaan.

Sementara itu pengendali laman web berkenaan turut mendedahkan, carian mengenai pelancongan luar negara meningkat tiga kali ganda selepas kerajaan China melonggarkan sekatan pergerakan dan polisi sifar Covid-19.

Artikel Berkaitan: