Shamsul Ghau Ghau terima kad tauliah dari MAIS

Shamsul Ghau-Ghau
Shamsul Ghau-Ghau
A
A
A

PELAKON dan pelawak, Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin berkongsi berita gembira apabila sudah diberikan kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kad Tauliah Kategori D3 itu adalah Tauliah Mengajar Al-Quran dan Shamsul atau nama panggilannya kini Pak Su dibenarkan mengajar mengaji di sekitar Selangor.

"Alhamdulillah. Dah dapat kad tauliah. Ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar dan mendidik Pak Su. Jazakallah.

"Ini bukti kepada kawan-kawan untuk kembali belajar dan membaca al-Quran. Bacahlah al-Quran," tulisnya di Instagram.

Rata-rata pengikut Instagram meluahkan rasa bangga dengan berita gembira itu dan tidak kurang juga yang meluahkan hasrat untuk belajar mengaji bersama Shamsul.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: