Ceroboh Menara Merdeka 118, PMVSB beri kerjasama penuh

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pasangan yang memanjat ke puncak Menara Merdeka 118.

PMVSB dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pembinaan menara itu masih berjalan dan keselamatan menjadi keutamaan mereka.

"Siasatan sedang dijalankan. Sebagai milik persendirian, sebarang pencerobohan tertakluk di bawah peraturan dan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan laporan akhbar pada Rabu, polis memaklumkan akan menjalankan siasatan terhadap pasangan berkenaan yang dipercayai menceroboh bagi memanjat menara itu dan kedua-duanya akan dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Seorang daripada pasangan itu berkongsi gambar dalam laman web pada 26 Disember lepas memaparkan mereka berada di puncak menara Merdeka 118, yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, sebelum ia tular menerusi media sosial dan beberapa platform lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: