Cucuh kemaluan hanya kerja orang gila!

Keratan berita mengenai kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut didera.
Keratan berita mengenai kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut didera.
A
A
A

ADA kesan pukulan dan cucuh benda panas di seluruh badan termasuk pada kemaluan adalah antara kecederaan teruk kanak-kanak mangsa dera yang meninggal dunia di Johor Bahru, Isnin lalu.

Kejadian ini benar-benar mengejutkan kita. Memang kejam dan hilang pertimbangan. Sebagai manusia normal kita sepatutnya bersikap penyayang dan melindungi sesama insan.

Tetapi itulah yang berlaku, bukan negara luar tetapi di negara kita sendiri, Malaysia. Budak berusia empat tahun itu seharusnya dilayan dengan penuh kasih sayang oleh kakak kandung, tetapi penderaan maut pula terjadi.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa pengsan di rumah seorang individu di Batu Pahat dan anak malang itu dibawa ke klinik. Episod ini membawa kepada penangkapan lima individu, dua daripadanya adalah kakak dan abang ipar mangsa sendiri.

Kawan Merak Jalanan kata, hanya orang gila boleh buat macam ini, sampai kemaluan yang tersembunyi turut dijadikan mangsa keganasan.

Alat sulit itu tersembunyi, ini bermakna mungkin mereka ada niat melakukan sesuatu yang di luar tabii manusia? Mungkin juga ada sakit otak?

Namun, Merak Jalanan bukanlah pakar untuk memberikan komen. Jauh sekali membuat kesimpulan, takut jatuh fitnah pula. Cuma berlaku adillah kita dalam kes kematian anak ini.

Siapalah kita untuk menghukum, akan tetapi dari mata kasar memang sukar untuk diterima naluri manusia biasa.

Artikel Berkaitan:

Media melaporkan si kakak menjaga mangsa kerana ibu bapa mangsa dan suspek kini meringkuk di penjara akibat kesalahan dadah. Tetapi ia bukanlah lesen untuk melakukan perbuatan kejam sehingga si adik hilang nyawa.

Apa pun, kita sebagai orang luar tidak tahu apakah sebenarnya telah berlaku. Biarlah polis buat kerja terlebih dahulu. Siasatlah sebaik-baiknya dan seadil-adilnya sebelum petualang sebenar dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat.