[VIDEO] Kanak-kanak dipercayai mangsa dera selamat dikebumi

Van membawa jenazah kanak-kanak dipercayai mangsa dera tiba di Masjid Jamek Labis pada jam 4.30 petang.
Van membawa jenazah kanak-kanak dipercayai mangsa dera tiba di Masjid Jamek Labis pada jam 4.30 petang.
A
A
A

SEGAMAT - Jenazah kanak-kanak lelaki empat tahun dipercayai mangsa dera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gatom, Labis di sini pada petang Rabu.

Mangsa selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada jam 5.30 petang.

Jenazah kanak-kanak dipercayai mangsa dera, selamat dikebumikan di Tanan Perkuburan Islam Sungai Gatom Labis pada Rabu.
Jenazah kanak-kanak dipercayai mangsa dera, selamat dikebumikan di Tanan Perkuburan Islam Sungai Gatom Labis pada Rabu.

Ketibaan jenazah menggunakan van itu turut diiringi kenderaan polis, ahli keluarga dan penduduk kampung.

Sebelum itu jenazah kanak-kanak lelaki itu tiba di Masjid Jamek Labis untuk disembahyangkan setelah selesai dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Mangsa dituntut oleh datuk saudaranya, Ruslan Ahmad, 47, pada kira-kira jam 3 petang dan kemudian dibawa ke Labis untuk dikebumikan.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa meninggal dunia dipercayai selepas didera lima rakan kakak mangsa di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat.

Kanak-kanak itu telah dijaga oleh kakak kandungnya setelah ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara akibat kesalahan dadah, namun kemudian mangsa diserahkan pula kepada rakan kakaknya untuk dijaga.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, polis mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan kanak-kanak lelaki terbabit.

Antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan mangsa, termasuk di kemaluan dan digigit di telinga.

Kanak-kanak malang itu menghembuskan nafas terakhir sekitar 6.40 petang pada Isnin lalu, selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HSI.