Lelaki terkejut ular sawa batik 70kg atas pokok durian

Anggota APM memotong dahan yang dililit ular sawa batik seberat 70 kg di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Anggota APM memotong dahan yang dililit ular sawa batik seberat 70 kg di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki di Jalan Pengkalan Chepa, di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram (kg) yang 'bersembunyi' di atas sebatang pokok durian di rumahnya di sini pada Rabu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Kapten (PA) Md Fadir Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 pagi daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Tan.

"Sampai di lokasi, kami dapati seekor ular sawa sedang membelit dahan pokok durian pada ketinggian enam meter.

"Anggota yang bertugas telah memanjat pokok tersebut dan mengambil tindakan memotong dahan yang terdapat reptilia itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

APM Kota Bharu mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik ini.
APM Kota Bharu mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik ini.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter itu.

Ujarnya, ia telah dibawa ke bilik gerakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Artikel Berkaitan: