Sila log masuk terlebih dahulu.

Longgokan hiasan ayat al-Quran ditemui tepi jalan

28 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A


BERITA SEMASA 28 DISEMBER 2022

- Tidak sensitif. Itu istilah paling tepat terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang hiasan ayat al-Quran di tepi jalan Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, pada Selasa.

Longgokan hiasan tersebut ditemui oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menerusi rondaan berkala yang dilakukan.

Untuk rekod, Individu yang didapati melupuskan ayat al-Quran dengan cara tidak sepatutnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mencela, menghina dan sebagainya agama Islam.

Artikel: https://bit.ly/3I0YBGa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa