Scaloni kekal bimbing Argentina

Scaloni membantu Argentina memenangi Piala Dunia dan Copa America. - Foto EPA
Scaloni membantu Argentina memenangi Piala Dunia dan Copa America. - Foto EPA
A
A
A

TUAH buat Lionel Scaloni apabila kekal membimbing juara Piala Dunia 2022, Argentina.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia.

"Scaloni ialah jurulatih pasukan kebangsaan Argentina. Kami berdua adalah lelaki yang setia dan sudah mengikat persetujuan.

“Tiada lagi keraguan lagi bahawa dia akan terus bersama Argentina,” ujar Tapia.

Scaloni mengendalikan Argentina sejak 2018, membantu mereka merangkul Copa America pada 2021 yang merupakan trofi pertama pasukan itu sejak 1993.

Jurulatih berusia 44 tahun itu kemudiannya membimbing Lionel Messi dan skuad ke Piala Dunia ketiga dengan kemenangan ke atas Perancis pada perlawanan akhir di Qatar bulan ini.

Scaloni bukan jurulatih yang popular selepas dilantik menggantikan tempat Jorge Sampaoli ketika Argentina tersingkir di peringkat 16 terakhir ketika Piala Dunia 2018.

“Hampir 100 peratus orang menganggap kami salah atau gila.

“Namun pasukan ini membawa kegembiraan kepada orang ramai dengan gelaran yang mereka menangi,” kata Tapia.