realme 10 Pro 5G Series jadi pilihan ikon fesyen Sarah Sister dan Imran Bard

A
A
A

No Image Caption



Jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, sekali lagi tampil dengan peranti berteknologi hebat terbaharu, realme 10 Pro 5G Series yang memberikan pengalaman penuh inovatif kepada orang ramai.

Ciri premium yang ditampilkan oleh peranti ini dengan segmen paparan melengkung dan rata terbaik menerusi Reka Bentuk Hyperspace yang dibaluti dengan badan ultra ringan dan ultra nipis. Kesemua elemen terbaharu ini memberikan suatu pengalaman lebih mengasyikkan kepada pengguna bersama UI 4.0 terkini, realme 10 Pro 5G Series yang sudah berada di pasaran pada 12 Disember 2022.

Malahan reka bentuk awesome dan menawan realme 10 Pro 5G Series ini turut menjadi pilihan ikon fesyen, Sarah Sister dan Imran Bard yang ternyata terpersona dengan gaya penampilan peranti terbaharu ini.

No Image Caption



Reka bentuk yang dilhamkan melalui terowong hyperspace ini menjadikan cahaya diregangkan dengan kuat pada kelajuan ultra tinggi, menunjukkan pancaran dinamik dan jejari. Kalau pusing sedikit saja sudah boleh menunjukkan cahaya terang dan boleh diubah sehingga membentuk deria kedalaman.

realme mahukan apabila setiap kali pengguna bermain dengan produk, mereka boleh tertarik dengan cahaya yang dibiaskan dan secara beransur-ansur umpama beradaptasi di dalamnya. Fikiran mereka seperti melompat ke dalam terowong hyperspace, inspirasi dan imaginasi dilepaskan dan mereka boleh ulang-alik bebas dalam ruang imaginasi yang tidak terikat.

Matlamat utama dalam setiap produk baharu realme adalah untuk membawa ciri premium dalam kategori harganya, realme merealisasikan impian ini melalui pelaburan R&D bernilai USD 15 juta bagi memperkenalkan paparan melengkung 120Hz malah dilengkapi dengan lampu peranti berkuasa PWM 2,160Hz pertama di Malaysia melalui realme 10 Pro 5G Series.

Kualiti yang diperoleh menjadikan peranti ini ultra ringan menerusi tiga dimensi yang dinamik. Siri realme 10 Pro 5G merealisasikan reka bentuk ultra-ringan dengan berat hanya 173g dan 7.78mm ultra-langsing malah ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang besar bagi memastikan tiada kebimbangan dalam setiap urusan.

Artikel Berkaitan:


Paparan lengkung terulung hasil daripada pelaburan AS$5 juta

No Image Caption



Telefon pintar dengan paparan melengkung sentiasa dianggap sebagai varian yang mempromosikan kualiti mewah dan premium daripada reka bentuk anggun, pengalaman cengkaman dalam tangan yang canggih dan ia melibatkan kos pengeluaran yang tinggi berbanding paparan rata.

Paparan melengkung 120Hz turut dilengkapi dengan pemalapan cahaya, teknologi yang diiktiraf dengan Sijil TÜV Rheinland, Algorithma X-sentuh anti-salahsentuh dan Kaca Bertetulang Berganda 0.65mm

Dengan inspirasi ini, realme 10 Pro 5G Series memberikan pengguna muda peranti dengan harga yang lebih berbaloi dan dilengkapi bezel bawah paling nipis realme setebal 2.3mm dan Paparan Melengkung 120Hz bertaraf premium.

No Image Caption



Reka bentuk dan inovasi sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA jenama realme. Reka bentuk bergaya juga sentiasa digabungkan ke dalam peranti realme, kerana ia membawa aliran terkini yang digemari oleh golongan muda ke dalam industri teknologi, menggabungkan trend dan teknologi dengan lancar.

Daripada penjenamaan bersama Dragon Ball dan Naruto kepada telefon pintar yang direka oleh pereka Jepun terkenal dunia, Naoto Fukusawa, reka bentuk telefon unik realme telah berada di barisan hadapan dalam reka bentuk telefon pintar yang mengagumkan yang melengkapkan gaya hidup seharian pengguna.

No Image Caption



Untuk memacu reka bentuk Dare to Leap dengan lebih jauh lagi, realme terus membuat pelaburan besar dalam membina tiga Studio Reka Bentuk realme secara global, di empat kawasan strategik dunia yang menjadi peneraju kraf mereka:

- Shenzhen: China, pakar dalam bahan dan kemasan reka bentuk telefon.

- New Delhi: India, pengkhususan dalam interaksi manusia-mesin.

- Paris: Perancis, pakar dalam penggunaan warna yang inovatif.

Kamera ProLight 108MP terbaik

realme 10 Pro 5G Series didatangkan dengan kamera ProLight beresolusi 108MP dengan Seni Bina Pengimejan HyperShot, yang merangkumi komponen utama fotografi AI terkini, selain QuickShot, Image Fusion dan Super Nightscape.

No Image Caption



realme berusaha memastikan produk terbaharunya tidak ketinggalan memiliki ciri istimewa tersebut sekali gus membolehkan pengguna merakam kenangan istimewa dengan indah. Anda boleh beraksi di jalanan seumpama seorang jurugambar profesional.

Penstoran besar 24GB RAM+ 256GB ROM

realme 10 Pro 5G Series dikuasakan dengan Cipset Dimensity 920 5G dan ia menawarkan sehingga 24GB + 256B RAM dinamik, yang terbesar dalam segmen harganya, memberi anda lebih banyak kelebihan dalam kelajuan; peranannya menonjol dalam menjalankan permainan video besar atau merakam video 4K: Penggunaan kuasa yang lebih rendah, bergerak lebih pantas dan lebih penjimatan kuasa. Teknologi pengembangan memori dinamik DRE boleh menukar ROM kepada ruang RAM untuk mendapatkan RAM yang lebih besar.

No Image Caption



Kelajuan pengecasan 67W terpantas

Dengan bateri besar paling tipis serta pengecasan pantas terpantas, pengguna boleh menonton video tiktok, FB, IG & permainan mudah alih dalam pengalaman terbaik. Jadi anda tak perlu risau untuk melayan video atau main game bagi tempoh yang lama kerana bila bateri habis, semuanya boleh dicas dengan cepat. Tak payah tunggu lama-lama.