FAM, VFF perkasa kerjasama dua hala

FAM dan VFF menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bertujuan memperkasakan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan dua hala. - Foto Football Association of Malaysia
FAM dan VFF menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bertujuan memperkasakan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan dua hala. - Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), bertujuan memperkasakan kerjasama dan mengeratkan lagi hubungan dua hala.

MoU selama tiga tahun yang memberi tumpuan terhadap pembangunan pengadil serta bola sepak belia itu, ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan Setiausaha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi di Ibu Pejabat VFF di sini.

Berdasarkan MoU itu, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil bagi kedua-dua aksi antarabangsa dan tempatan, selain berkongsi pengalaman masing-masing melalui sesi mesyuarat dan kursus latihan yang bakal dianjurkan.

Kedua-dua entiti juga akan menghantar pasukan kebangsaan belia masing-masing, untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dianjurkan bersama.

Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu ialah dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram serta Exco FAM, Md Dali Wahid. Hadir sama, dua Naib Presiden VFF, Tran Anh Tu dan Nguyen Xuan Vu serta Exco VFF Nguyen Qouc Hoi.

“Kerjasama ini bukan sahaja mampu mengukuhkan lagi struktur bola sepak kedua negara, tetapi apa yang paling utama dapat memberi manfaat kepada pembangunan pengadil negara kita.

“Kami di FAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada VFF yang memberi sokongan dalam pembangunan pengadil dan belia Malaysia,”kata Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.

Artikel Berkaitan: