Bas sarat dengan migran di luar kediaman Naib Presiden AS

Bas yang sarat dengan migran dilihat berada di luar kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris di Washington pada hujung minggu ini.
Bas yang sarat dengan migran dilihat berada di luar kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris di Washington pada hujung minggu ini.
A
A
A

WASHINGTON - Bas yang sarat dengan migran dilihat berada di luar kediaman Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris di Washington pada hujung minggu ini, lapor Xinhua.

Lebih 100 migran termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan tiba dengan tiga bas di Naval Observatory, lokasi kediaman naib presiden.

Sebahagian mereka hanya memakai baju-T dalam cuaca sejuk dan diberi selimut sebelum dipindahkan ke sebuah gereja.

Kumpulan migran itu termasuk pencari suaka dari Ecuador, Cuba, Nicaragua, Venezuela, Peru dan Colombia, kata seorang sukarelawan kepada CNN.

Aktivis imigresen berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di tengah-tengah negara dilanda cuaca sejuk kesan daripada ribut musim sejuk pada cuti Krismas ini.

Rumah Putih menyelar tindakan Gabenor Texas Greg Abbott dari Republikan yang telah menghantar migran ke bandar di bawah pimpinan Demokrat sebagai membantah dasar imigresen pentadbiran Biden.

"Gabenor Abbott membiarkan kanak-kanak di tepi jalan dalam suhu di bawah paras beku pada malam Krismas tanpa menyelaras dengan mana-mana pihak berkuasa persekutuan atau tempatan," kata jurucakap Rumah Putih Abdullah Hasan dalam satu kenyataan kepada media.

Beliau berkata, pihaknya berulang kali menyatakan bahawa bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada Republikan mahupun Demokrat dalam mencari penyelesaian berhubung isu imigresen.

Artikel Berkaitan:

Abbott sebelum ini mendakawa Presiden Joe Biden dan timbalannya Harris "mengabaikan dan menafikan krisis di sempadan selatan. - Bernama