Tukar waktu operasi: Tutup saja UTC

UTC
UTC
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan disarankan menutup Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan BN sebelum ini selepas mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UTC sebelum ini di wujudkan bagi memudahkan rakyat berurusan sehingga jam 10 malam.

“Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.

“Baguslah. Daripada memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Baik tutup saja UTC,” katanya melalui status di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi surat makluman pertukaran waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 yang bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.

Sebelum ini, UTC seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Menurut Najib, sewaktu pentadbirannya UTC beroperasi hingga 10 malam bagi memberi kemudahan kepada sesiapa yang mahu berurusan di luar waktu pejabat.

“Ya, kamilah yang mengilhamkan UTC, menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Dari awal pagi hingga 10 malam setiap hari. Kenapa 10 malam? Masa itu kami tahu ramai yang bekerja kadang-kadang tidak dapat pengecualian daripada majikan untuk urusan peribadi,” katanya.