[VIDEO] Rafizi pertahan 'formula' kawal harga barang

Rafizi. - Foto Bernama.
Rafizi. - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tidak takut pandangan umum sebaliknya yakin rakyat yang rasional akan mula memahami dan ikut serta apa yang disarankan.

Beliau berkata, dalam sebulan lagi, 'geng-geng' Perikatan Nasional (PN) yang mempertikaikan semua itu akan terduduk.

“Sama macam mereka terduduk soal lain yang asalnya kontroversi tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Rafizi berkata demikian ketika menjawab kecaman yang dilemparkan berhubung kenyataannya yang menasihatkan pengguna untuk tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.

Tegas beliau, untuk selesaikan masalah, semua pihak perlu pastikan ekosistem harga barang lebih anjal.

“Kerajaan usahakan langkah-langkah jangka sederhana dan panjang antaranya perbaiki rantaian bekalan untuk hentikan monopoli

“Ini termasuk mewujudkan kawalan harga tanpa ganggu kelangsungan bekalan dan pelaburan berskala tinggi,” ujarnya.

Dalam sidang medianya pada Jumaat, Rafizi berkata pengguna dinasihatkan agar tidak membeli barangan dijual oleh peniaga yang melebihi daripada harga purata.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ini disebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan lain mengambil contoh tentang pemilihan makanan.