Banjir di Johor pulih, PPS terakhir di Segamat ditutup

 Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan satu-satunya PPS di Johor iaitu di Segamat, ditutup petang ini. - Foto fail Bernama
Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan satu-satunya PPS di Johor iaitu di Segamat, ditutup petang ini. - Foto fail Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Johor pulih sepenuhnya dengan satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini iaitu di Segamat, ditutup petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, Balai Raya Kampung Batu Badak yang dibuka sejak 11 Disember lepas dan menempatkan 32 mangsa daripada 11 keluarga ditutup 5 petang tadi.

Kesemua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing di Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

"Cuaca dilaporkan cerah di semua daerah setakat 5 petang ini," menurut JPBN.

Sementara itu, data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan empat sungai berada pada aras waspada iaitu Sungai Muar (Buloh Kasap) dengan ketinggian 8.25 meter (m); Sungai Muar (Kampung Awat) 19.33m; Sungai Sembrong (Empangan Sembrong) 10.05m dan Sungai Ayer Hitam (Kampung Paya Embun) 4.77m. - Bernama

Artikel Berkaitan: