Polis rakam keterangan pelajar kolej buat laporan palsu

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - Polis merakam keterangan seorang pelajar sebuah kolej kerana disyaki membuat laporan palsu berkaitan dirinya dirompak sekumpulan lelaki pada Jumaat.

Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 19 tahun itu pada jam 9.46 malam.

"Suspek telah menyalahgunakan wang simpanan yang diberi oleh keluarga dan membuat laporan palsu mendakwa dia disamun oleh tiga lelaki bersenjata serta mengalami kerugian RM10,300," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan telah dijalankan dan mendapati laporan pengadu tentang kejadian rompak yang dibuat itu adalah palsu.

"Satu laporan telah dibuat oleh pegawai penyiasat terhadap pengadu," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 182 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: