Bubar MASTAF perlu ikut perlembagaan badan induk

Abdul Halim menjelaskan pembubaran MASTAF perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan.
Abdul Halim menjelaskan pembubaran MASTAF perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan.
A
A
A

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menegaskan pembubaran Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) perlu mengikut lunas perlembagaan badan induk itu.

Malah Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, ia juga harus diputuskan menerusi satu mesyuarat agung khusus seperti diperuntuk di bawah Fasal 45.1,

Jelasnya, tindakan pembubaran perlu dipersetujui dua pertiga ahli gabungan yang berhak mengundi.

“Minit mesyuarat agung tersebut juga perlu ditandatangani Presiden dan Setiausaha Agung MASTAF serta individu yang bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Selasa, Presiden MASTAF, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengumumkan pembubaran badan induk itu berkuat kuasa serta-merta.

Suhaili memaklumkan keputusan itu mula dibincangkan Jawatankuasa Tertinggi MASTAF pada 8 Disember lalu dan bukan semata-mata berpandukan keputusan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) yang menyatakan hasrat menganggotai semula Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebelum ini.

Artikel Berkaitan: