Tragedi Batang Kali: Misi mencari mangsa terakhir bermula

Salah satu sektor di mana operasi SAR dijalankan.
Salah satu sektor di mana operasi SAR dijalankan.
A
A
A

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini, masuk hari kelapan pada Jumaat.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), operasi SAR bermula sejak jam 8 pagi selepas ditangguhkan sekitar jam 4.30 petang berikutan hujan lebat pada Khamis.

"Operasi SAR diteruskan pada hari ini bermula jam 8 pagi," menurut sumber berkenaan.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, jumlah mangsa telah diisytiharkan semula secara rasmi seramai 92 orang daripada jumlah asal yang dianggarkan iaitu 94 individu.

Sebelum itu, polis menganggarkan seramai 94 mangsa terlibat dalam tragedi tanah runtuh berkenaan berdasarkan maklumat daftar masuk yang diperoleh daripada pihak pengurusan tapak perkhemahan terbabit.

Seramai empat mayat terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan dijumpai pada jam 11.04 pagi di sektor C (riverside), di sini pada Khamis.

Kesemua mangsa berkenaan ditemui dalam satu bungkusan khemah di kedalaman tujuh meter.

Penemuan terbaharu itu bermakna hanya seorang mangsa tragedi tanah runtuh berkenaan yang masih gagal ditemui pasukan SAR setakat ini.

Artikel Berkaitan: