Tanah runtuh: SAR kesan tiga lagi mangsa ditangguhkan sementara

Suffian - Foto Bernama
Suffian - Foto Bernama
A
A
A
BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dan dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Fathers’ Organic Farm di Gohtong Jaya pada Khamis ditangguhkan sementara waktu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, ia ditangguhkan pada jam 2.30 petang tadi ekoran hujan lebat di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Sementara itu, tinjauan di PKTK setakat jam 3.25 petang mendapati hujan masih berterusan dan kelihatan anjing-anjing unit K9 telah keluar dari kawasan SAR.

Setakat ini, tragedi berkenaan yang berlaku pada awal pagi Jumaat lepas telah meragut 30 nyawa manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat. - Bernama

Artikel Berkaitan: