Ainaa Beauty perkenal kempen 'Malaysia Baru, Perniagaan Baru'

Hafiz (belakang, empat dari kiri) dan Syafiqah Aina (belakang, lima dari kiri) bergambar bersama pempengaruh yang hadir pada Sesi 'Briefing & Chillin With Ainaa Beauty' di Putrajaya pada Khamis.
Hafiz (belakang, empat dari kiri) dan Syafiqah Aina (belakang, lima dari kiri) bergambar bersama pempengaruh yang hadir pada Sesi 'Briefing & Chillin With Ainaa Beauty' di Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PRIHATIN dengan nasib segelintir golongan muda yang 'tersilap langkah dalam bisnes' hingga ada yang diisytiharkan muflis dan dikelilingi hutang, jenama kosmetik terkenal Ainaa Beauty melancarkan kempen 'Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru'.

Pengasas Ainaa Beauty yang juga pempengaruh, Hafiz Mahamad berkata, kempen itu membuka ruang kepada orang muda untuk bergelar usahawan menerusi sistem yang telus dan bersih agar mereka memiliki kestabilan kewangan seterusnya dapat memacu ekonomi negara.

Katanya, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, anak-anak muda turut terhimpit dengan krisis ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

"Sebab itu ramai anak muda datang berjumpa kami dan minta bantuan untuk keluar daripada masalah kewangan yang menghimpit mereka.

"Lebih menyedihkan, kebanyakan mereka yang hadapi masalah ini berusia 25 tahun ke bawah, ada yang tanggung hutang melebihi RM2 juta selain ada yang pinjam dengan ahlong, katanya ketika ditemui pada Sesi 'Briefing & Chillin With Ainaa Beauty' di sini pada Khamis.

Menerusi program itu, Hafiz mengadakan pertemuan bersama sekumpulan pempengaruh bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan menjana pendapatan bersama produk lokal yang berpaksikan pada sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih.

Dakwa Hafiz, ia kerana terdapat segelintir pengasas jenama produk lokal lain di Malaysia yang mengambil kesempatan kepada golongan muda itu menerusi sistem ejen dan stokis yang menguntungkan satu belah pihak sahaja.

Sementara itu, isteri Hafiz yang juga pengasas bersama Ainaa Beauty, Syafiqah Aina memberitahu, sikap orang muda yang mudah percayakan orang menyebabkan mereka terperangkap.

Artikel Berkaitan:

"Menerusi sistem yang tidak telus, mereka keluarkan modal yang besar untuk beli stok produk tapi stok produk tidak terjual dan akhirnya hanya terperuk di rumah.

"Disebabkan keadaan ini, sekarang kita dapat lihat anak-anak muda makin hilang minat untuk berniaga jadi kami mahu beri galakan semula kepada mereka," jelasnya.

Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, Ainaa Beauty berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya dengan dibantu 10 stokis terbesar mereka.

Antara pempengaruh yang hadir pada program itu adalah Fendy Mojo, Babah Nadeen Wanie Ooi, Ayam Kahau, Tcer Nana, Ubai dan Dak Ajim.

Mereka juga dibawa melawat pejabat pengurusan Ainaa Beauty serta klinik estetik jenama lokal pertama di Malaysia, Ainaa Clinic, yang baru saja beroperasi sejak Mac tahun ini.