Messi sambung kontrak bersama PSG

Messi
Messi
A
A
A

LIONEL Messi dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontraknya bersama Paris Saint Germain (PSG) untuk tempoh setahun lagi.

Memetik laporan media di Perancis, Messi dan PSG akan melakukan perbincangan lanjut apabila dia kembali daripada tempoh rehat Piala Dunia.

"Persetujuan awal dicapai pada awal Disember ketika Messi beraksi di Piala Dunia dan akan kekal sekurang-kurangnya satu musim lagi," kata laporan itu.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang membantu kemenangan Argentina pada final Piala Dunia mengatasi Perancis di Qatar minggu lalu masih belum mencapai misinya di PSG iaitu mahu membawa pasukan menang Liga Juara-Juara.

Messi menyertai pasukan gergasi Perancis itu pada 2021 dengan kontrak dua tahun dan pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi selepas berpindah daripada kelab Sepanyol, Barcelona.

Sebelum ini, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menegaskan Messi gembira beraksi di Ligue 1 sekali gus memberikan bayangan akan kekal di pasukan itu.

Artikel Berkaitan: