Banjir Terengganu makin pulih

Jalan utama Dungun-Kuala Terengganu ditenggelami air di sekitar kawasan Sungai Nyior Paka pada Rabu. - Foto Bernama
Jalan utama Dungun-Kuala Terengganu ditenggelami air di sekitar kawasan Sungai Nyior Paka pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir yang melanda Terengganu sejak minggu lalu menunjukkan tanda pemulihan apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 36,231 orang pada Khamis berbanding 38,574 orang petang Rabu.

Setakat ini, 21 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup secara berperingkat menjadikan 256 PPS yang masih diaktifkan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sehingga jam 8 pagi, jumlah mangsa banjir di Kemaman merekodkan seramai 7,364 orang diikuti Besut (6,672), Setiu (2,375), Hulu Terengganu (5,854) dan Marang (922).

Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Jeram, di Kuala Terengganu. - Foto ihsan JBPM Terengganu
Anggota bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Jeram, di Kuala Terengganu. - Foto ihsan JBPM Terengganu

Mangsa banjir di Dungun pula meningkat kepada 6,186 orang berbanding 5,158 orang sebelum ini manakala daerah Kuala Nerus pula merekodkan seramai 3,895 orang berbanding 3,822 mangsa semalam.

Kuala Terengganu turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 2,863 orang daripada 751 keluarga.

Kenyataan itu memberitahu, keadaan cuaca diramal semakin baik di seluruh Terengganu dengan hujan sederhana dan kadangkala lebat di beberapa kawasan.

Artikel Berkaitan: