Pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA ditangguh

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA ditangguhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penangguhan itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan terdapat beberapa kekeliruan.

"Saya tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang terlibat politik itu tidak boleh menjadi pengurusan tetapi mesti terikat dengan syarat-syarat dan mempunyai kelayakan dalam bidang berkenaan," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini pada Rabu.

Menurutnya, arahan memberhentikan semua lantikan politik sebelum ini adalah untuk memberi ruang kepada kerajaan menilai prestasi mereka dan mengikut garis panduan ditetapkan.

"Saya menangguhkan hal ini kerana ada isu-isu seumpamanya satu syarikat kerajaan, syarikat induk itu mengalami masalah kewangan tetapi syarikat kecil itu memperoleh keuntungan besar.

"Jadi syarikat kecil itu mahu memberikan bonus besar.

"Hal-hal sebegini kita cerakin dalam peraturan dan garis panduan," katanya.

Minggu lalu, Ahmad Zahid mengumumkan Ahmad Jazlan dilantik semua ke jawatan itu meskipun kabinet telah mengeluarkan arahan agar semua jawatan politik dalam GLC ditamatkan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Sementara itu semakan di laman sesawang FELCRA mendapati nama dan profil Ahmad Jazlan masih dipaparkan di bawah profil ahli lembaga pengarah.