Jawi syor adakan solat hajat, doakan kesejahteraan Malaysia

Beberapa kawasan dinaiki air ketika tinjauan udara di sekitar Pasir Putih, Pasir Mas dan Kota Bharu pada Selasa. - Foto Bernama
Beberapa kawasan dinaiki air ketika tinjauan udara di sekitar Pasir Putih, Pasir Mas dan Kota Bharu pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan disarankan mengadakan solat hajat memohon perlindungan dan mendoakan keselamatan negara.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ia berikutan perkembangan terkini musibah banjir yang melanda negara khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurutnya, solat hajat tersebut akan diadakan selepas Maghrib pada Khamis ini dan selepas solat Jumaat pada 23 Disember ini.

"Masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga telah digerakkan bagi mengadakan kutipan Jumaat, menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian melalui Skuad Musaadah agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk disampaikan kepada golongan yang terkesan.

Statistik semasa mangsa banjir yang dipindahkan di PPS seperti dikongsikan Nadma pada Rabu.
Statistik semasa mangsa banjir yang dipindahkan di PPS seperti dikongsikan Nadma pada Rabu.

"Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kemudahan kepada semua pasukan penyelamat serta ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Setakat jam 10 pagi Rabu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan seramai 72,691 mangsa banjir direkodkan di lima negeri iaitu 41,021 mangsa di Terengganu, Kelantan (31,316), Pahang (252), Perak (54) dan Johor (48).

Artikel Berkaitan: