OIC rakam takziah tragedi tanah runtuh Batang Kali

Tangkap layar ucapan takziah Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC. Setakat Selasa seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu. - Foto Bomba

A
A
A
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya susulan insiden tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali.

Ucapan takziah itu disampaikan Setiausaha Agungnya, Hissein Brahim Taha melalui akaun Twitter OIC.

Beliau menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan semoga keluarga mangsa dikurniakan ketabahan.

Setakat Selasa seramai 25 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm itu.

Kejadian berlaku pada jam 2.42 pagi Jumaat (16 Disember) dan seramai 61 orang terselamat manakala lapan lagi masih hilang. - Bernama
Artikel Berkaitan: