Banjir: Kelantan hargai bantuan Selangor

Ahmad (kiri) melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Kutan, Tumpat.
Ahmad (kiri) melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Kutan, Tumpat.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan menghargai sumbangan RM500,000 daripada Kerajaan Selangor bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan tersebut amat bermakna kepada penduduk terjejas musibah.

“Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Selangor khususnya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atas sumbangan ini.

“Sumbangan dan bantuan pasukan sukarelawan amat bermakna kepada Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Selasa.

Beliau mendoakan berkat keprihatinan dan sumbangan pelbagai pihak dapat memberi manfaat kepada mangsa-mangsa banjir terutama pada fasa pemulihan pasca banjir.

Pada Isnin kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 juta untuk membantu dua negeri di Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir sejak 11 Disember lalu.

Masing-masing menerima RM500,000 yang akan digunakan untuk meringankan beban mangsa banjir.

Selain itu, turut dihantar Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dan Sukarelawan Selangor (Serve) sebagai bantuan kemanusiaan pasca banjir.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan aplikasi Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan mangsa banjir di Kelantan seramai 30,956 mankala 41,713 setakat jam 6.53 petang.