Kelibat Fandi cetus tanda tanya

Fandi bersama para pemain skuad Tok Gajah dalam latihan pra musim pada Isnin. - Foto FB Sri Pahang
Fandi bersama para pemain skuad Tok Gajah dalam latihan pra musim pada Isnin. - Foto FB Sri Pahang
A
A
A

KELIBAT Fandi Ahmad pada sesi latihan pertama skuad Sri Pahang FC pada Isnin seolah-olah memberi bayangan pengendali dari Singapura itu bakal melatih skuad Tok Gajah bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Jurulatih berusia 60 tahun itu dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) musim ini memberikan kelebihan kepada Fandi untuk kekal di Darul Makmur musim 2023.

Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab itu berhubung kedudukan Fandi dan Datuk Dollah Salleh selaku ketua jurulatih Sri Pahang musim ini.

Ia masih menjadi teka-teki kerana setakat ini senarai pemain masih belum diumumkan termasuk import.

Bagaimanapun, keputusan rasmi penyerang import dari Colombia, Steven Rodriguez yang sah tidak bersama skuad Tok Gajah musim depan.

Nasib empat lagi pemain import iaitu Kevin Ingreso dari Filipina, Sherzod Fayziev (Uzbekistan), Mamadou Samassa (Mali) dan Manuel Hidalgo (Argentina) masih mencetuskan tanda tanya sama ada kekal atau sebaliknya.

Media sebelum ini melaporkan hanya Fandi disebut-sebut untuk membimbing skuad itu dengan perubahan yang akan dilakukan terutama menampilkan barisan pemain berpengalaman.

Kehadiran Fandi pada pertengahan musim membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan daripada dasar Liga Super ke tempat ketujuh.

Artikel Berkaitan:

Beliau memberi impak positif kepada skuad Tok Gajah biarpun misi berada di kedudukan kelima tidak kesampaian.

Pada sesi latihan pra musim itu antara pemain yang hadir ialah Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah dan Muslim Ahmad.