Polis larang serah memorandum sekitar bangunan Parlimen

Pihak polis melarang sebarang aktiviti penyerahan memorandum atau sidang media dijalankan oleh mana-mana pihak di sekitar bangunan Parlimen sepanjang tempoh Dewan Rakyat bersidang.
Pihak polis melarang sebarang aktiviti penyerahan memorandum atau sidang media dijalankan oleh mana-mana pihak di sekitar bangunan Parlimen sepanjang tempoh Dewan Rakyat bersidang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak polis melarang sebarang aktiviti penyerahan memorandum atau sidang media dijalankan oleh mana-mana pihak di sekitar bangunan Parlimen sepanjang tempoh Dewan Rakyat bersidang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sebarang penyerahan memorandum atau sidang media boleh dilakukan di sekitar kawasan Tugu Negara, di sini.

"Sepanjang tempoh Parlimen bersidang, pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan dan lalu lintas sekitar kawasan Parlimen serta semua laluan keluar masuk.

"Terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai ingin membuat penyerahan memorandum kepada pihak tertentu yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas ke laluan utama Parlimen," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azmi
Azmi

Azmi berkata, pihaknya menetapkan sebarang aktiviti penyerahan memorandum dijalankan di sekitar kawasan Tugu Negara bagi memastikan kelancaran penyerahan memorandum berkenaan.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar Parlimen bagi memastikan keselamatan kesemua ahli Parlimen yang menghadiri Dewan Rakyat.

"Pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi dan melanggar undang-undang," ujar beliau.