Kanak-kanak kurang bernasib baik dirai sempena Krismas

Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong (tengah) bersama kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor yang diraikan sempena Krismas.
Pengurus Besar Alamanda, Pang Sook Fong (tengah) bersama kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor yang diraikan sempena Krismas.
A
A
A

SEMPENA sambutan perayaan Hari Krismas, Pusat Beli Belah Alamanda (Alamanda) meraikan golongan kurang bernasib baik dari Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai, Selangor.

Selain menerima hadiah, kanak-kanak berusia di antara tiga hingga 18 tahun itu dibawa menaiki tunggangan permainan, disajikan persembahan silap mata dan menikmati makan tengah hari yang istimewa.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, dalam meraikan hari istimewa, golongan kurang bernasib baik tidak harus dipinggirkan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada kanak-kanak ini dan kami berharap majlis ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Penjaga Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor, Viviliyah Rajan berkata, keprihatinan yang ditunjukkan amat bermakna kerana mereka dapat merasai suasana menyambut perayaan seperti insan lain.

"Ketika orang lain berpeluang meraikan Krismas bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukan sekadar menerima angpau atau barangan, tetapi layanan dan perhatian yang istimewa,” katanya.

Artikel Berkaitan: