Israel lancar peluru ke Damsyik

Israel melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan depot senjata pejuang Hizbullah di Damsyik. - Foto Agensi
Israel melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan depot senjata pejuang Hizbullah di Damsyik. - Foto Agensi
A
A
A

DAMSYIK - Israel pada awal Selasa melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan di Damsyik, kata media kerajaan Syria sambil menambah bahawa sistem pertahanan udara negara itu telah memintas beberapa peluru berpandu rejim Zionis.

Agensi berita SANA melaporkan letupan kedengaran di beberapa kawasan di ibu negara sekitar jam 12.30 pagi (waktu tempatan).

Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia syria (SOHR) yang berpangkalan di London mendakwa serangan udara tersebut menyasarkan depot senjata Hizbullah dan membunuh dua orang.

Sejak konflik di Syria bermula pada Mac 2011, Israel didakwa melakukan ratusan serangan udara di negara itu yang menyasarkan sistem persenjataan canggih termasuk buatan Rusia serta Iran milik pejuang Hizbullah yang disokong Teheran.

Israel bagaimanapun tidak pernah mengulas sama ada ia terbabit dalam serangan berkenaan.

Tel Aviv sebelum ini berulang kali berkata bahawa ia tidak membenarkan musuh utamanya, Iran bertapak di Syria. - AFP

Artikel Berkaitan: