Elak keluar kenyataan provokasi perkauman

Pemimpin Ikram dan KLSCAH
Pemimpin Ikram dan KLSCAH
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) serta Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) menggesa semua pihak membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan atau menerbitkan bahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

NGO terbabit dalam satu kenyataan bersama berkata, pihaknya melahirkan kebimbangan dengan sentimen perkauman yang dimainkan akhir-akhir ini terutama di media sosial kerana ia boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Disebabkan itu kata mereka, pertimbangan dibuat itu hendaklah berpandukan kepada Rukun Negara bertujuan membentuk perpaduan yang kukuh.

"Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia," katanya pada Isnin.

Dua NGO itu turut menyeru semua pemimpin politik dan masyarakat berperanan untuk memastikan anggota masing-masing tidak mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman demi menjaga keharmonian yang telah sekian lama terbina.

"Anggota masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat pihak-pihak yang menyebarkan kebencian terhadap sesuatu kaum atau mengapi-apikan isu perkauman.

"Dengan itu, sentimen perkauman dapat disekat dan dibawa ke muka pengadilan.

"Harapan kita agar perpaduan di antara masyarakat pelbagai kaum dapat diperkukuhkan seterusnya mewujudkan negara yang stabil demi menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, maju dan progresif," ujarnya.

Artikel Berkaitan: