Emina kukuh jenama di Malaysia

Tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Emina Cosmetics yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Emina Cosmetics yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

JENAMA kecantikan untuk remaja dari negara Indonesia, Emina memperkukuhkan jenamanya di Malaysia dengan menyediakan kemudahan pembelian kepada pelanggannya menerusi plarform e-dagang seperti Shopee dan Tiktok Shop serta Watson.

Ketua Kumpulan kepada Emina Cosmetics, Clarissa A. Gunawan berkata, Emina sebagai satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk gadis remaja di Indonesia serta mempunyai kepakaran yang berupaya memahami kulit dan impian kecantikan golongan remaja.

“Kami teruja untuk membawa produk khas bagi golongan remaja ke pasaran Malaysia untuk menjadi Beauty Bestie kepada gadis, melalui barisan produk kami yang berkualiti tinggi.

“Kami tidak sabar untuk menerokai kecantikan dan keceriaan Emina di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, di antara koleksi Emina yang menjadi kegemaran ialah penjagaan kulit Emina Bright Stuff dan pelbagai produk kosmetik seperti Glossy Stain.

“Segalanya dicipta untuk memenuhi keperluan dan kehendak remaja. Produk yang dirumus khas dan bungkusannya direka khas dengan reka bentuk serta warna bertujuan untuk menarik minat yang bertepatan dengan tema Beauty Bestie.

Salah satu rangkaian produk Emina, Ms. Pimple.
Salah satu rangkaian produk Emina, Ms. Pimple.

Clarissa berkata, dengan slogan, "Born to be Loved", Emina mengajak para wanita, khususnya remaja perempuan untuk berani menjadi diri mereka yang unik sambil menunjukkan keyakinan peribadi dan kecantikan mereka sendiri.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, rangkaian Emina Bright Stuff direka khas untuk merawat kulit kusam dan mencerah kulit, rangkaian ini termasuklah pembersih, toner, serum, pelembap, face mask, dan air micellar.

“Semua produk dalam koleksi Bright Stuff diperkaya dengan ekstrak summer plum dan agen pencerah berganda yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat dan lembut pada kulit, terutamanya remaja. Koleksi Emina Bright Stuff juga melembapkan kulit dan melindungi daripada pencemaran,” katanya.

Clarissa berkata, pada peringkat usia akil baligh yang membawa bersama pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, kulit kering dan sebagainya akibat perubahan hormon.

“Ramai gadis menjadi tidak selesa kerana perubahan ini lantas menjejaskan penampilan mereka dan keyakinan diri mereka.

“Emina memahami perkara ini dan ingin mencipta produk yang akan membantu gadis remaja melalui masa yang mencabar ini. Itulah sebabnya kami mencipta rangkaian penjagaan kulit Emina dengan formulasi lembut dan berkesan yang dibangunkan secara saintifik agar sesuai untuk kulit remaja,” tambah Clarissa.

Beliau berkata, Emina juga menawarkan produk kosmetik bermula dari kategori bibir, mata, solekan muka, serta alat kecantikan.

“Emina fokus pada formula yang ringan, mudah digunakan, harga yang berpatutan dan berkualiti untuk memastikan remaja kelihatan segar, berasa yakin dan tidak lupa dengan sisi ceria mereka.

“Emina telah terinspirasi untuk mencipta rangkaian glossy lip tint yang akan meninggalkan kilauan indah pada bibir. Tint bibir berkilat ini didatangkan dengan tekstur gel yang cair, ringan dan tahan lama sesuai untuk remaja yang aktif semasa dalam perjalanan,” katanya.

Semua koleksi penjagaan kulit Emina diperakui halal, termasuklah Bright Stuff, Bright Stuff for Acne Prone, Ms Pimple, Skin Buddy, Aloe Vera, Sun Battle dan koleksi Lip Care.

Dalam kategori kosmetik, Emina membawa Glossy Stain, Magic Potion, Creamy Tint, Lip Creamatte, Cheeklit Cream Blush, Cheeklit Pressed Blush dan banyak lagi.

Produk Emina kini boleh didapati dalam talian dan atas talian di Watsons, Shopee, dan Tiktok Shop, dengan harga mesra remaja bermula dari RM6 hingga RM35.20.