Sila log masuk terlebih dahulu.

Penghormatan akhir mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali

18 Disember 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 DISEMBER 2022

Orang awam hadir SJKC Mun Choong di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Jambangan bunga diletakkan di luar pagar sekolah berkenaan difahamkan sejak hari kejadian, Jumaat lalu.

Bekas pelajar sekolah berkenaan, Jason Wong berusia 18 tahun berkata, kejadian tersebut memberi tamparan besar buatnya memandangkan rata-rata guru yang terlibat dalam insiden itu dikenalinya.

Artikel: https://bit.ly/3WuHfWf

#BeritaSemasa #SinarHarian