Israel 'usir' peguam Palestin ke Perancis

Israel menuduh Salah menganggotai Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) yang diisytiharkan sebagai 'kumpulan pengganas' oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). - Foto Agensi
Israel menuduh Salah menganggotai Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) yang diisytiharkan sebagai 'kumpulan pengganas' oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). - Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Israel 'mengusir' peguam Palestin, Salah Hamouri pada Ahad selepas beliau ditahan tanpa sebarang pendakwaan di bawah tahanan pentadbiran sejak Mac lalu.

Kementerian Dalam Negeri di Tel Aviv memaklumkan Salah yang memegang kerakyatan Perancis telah dideportasi ke Paris malah status pemastautin beliau turut ditarik balik.

Beliau dilaporkan selamat tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di ibu kota dan turut disambut oleh isterinya, Elsa dan puluhan ahli politik, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan para penyokongnya.

Perancis dalam satu kenyataan mengutuk langkah pengusiran dibuat rejim Tel Aviv.

Kami mengecam keputusan melulu dibuat pihak berkuasa Israel kerana ia bertentangan dengan undang-undang," tegas Kementerian Luar Perancis.

Sebelum ini, Israel menuduh beliau sebagai anggota Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) yang diisytiharkan sebagai 'kumpulan pengganas' oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Salah yang pernah dibebaskan di bawah perjanjian pertukaran tahanan bersama Gaza pada Disember 2011 bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dengan PFLP selain mengaku tidak bersalah dalam beberapa tuduhan yang dikenakan ke atasnya. - AFP

Artikel Berkaitan: