[VIDEO] Tanah runtuh: Dua lagi mayat ditemukan

Kenderaan polis membawa dua mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting pada Sabtu.
Kenderaan polis membawa dua mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting pada Sabtu.
A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Dua lagi mayat tragedi tanah runtuh ditemui di tapak perkhemahan di di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, keseluruhan 23 mangsa ditemui maut setakat ini.

"Kita menemui satu mayat perempuan dewasa dan satu kanak-kanak lelaki pada jam 1.40 petang, baki mangsa yang belum ditemui adalah seramai 10 orang," katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.

Kenderaan polis dipercayai membawa dua mangsa yang terkorban itu dilihat tiba di lokasi pada jam 2.40 petang tadi.

Pada Jumaat, media melaporkan seramai 94 mangsa terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.24 pagi.

Artikel Berkaitan: