Queenie Ting pecah rekod kebangsaan

Queenie Ting bersama catatan rekod baharu yang diciptanya dalam acara lempar cakera wanita pada Kejuaraan Olahraga IPT di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto: KPT
Queenie Ting bersama catatan rekod baharu yang diciptanya dalam acara lempar cakera wanita pada Kejuaraan Olahraga IPT di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil pada Jumaat. - Foto: KPT
A
A
A

ARENA trek dan balapan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil pada Jumaat menjadi saksi Queenie Ting Kung Nie mencipta sensasi tersendiri di Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Atlet yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) itu tidak hanya meraih emas tetapi juga

memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lempar cakera wanita.

Queenie Ting yang berjaya melakukan catatan 52.77 meter (m) untuk pingat emas sekali gus memadam rekod kebangsaan 52.36m miliknya sebelum ini.

Atlet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Nur Atiqah Sufiah Md Hanizam pula meraih perak dengan catatan 42.82m manakala gangsa menjadi milik seorang lagi atlet UPM, Nani Sahirah Maryata dengan catatan 37.49m.

Artikel Berkaitan: