Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Perkara itu disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun menegaskan bekas Perdana Menteri itu kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).

"Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang, kekal sebagai Pengerusi GTA," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut sumber itu, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Dr Mahathir.

Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah memperoleh majoriti 13,518 undi menewaskan Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH), Dr Mahathir dan Abd Kadir Sainudin (Bebas).

Artikel Berkaitan: