Sistem perkhidmatan KWSP pulih sepenuhnya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memulihkan sistemnya kepada perkhidmatan penuh selepas mengalami gangguan sementara pada semua salurannya termasuk aplikasi i-Akaun KWSP.

Dana persaraan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pembayaran bulan caruman semasa majikan (gaji bulan November) dilanjutkan sehingga 30 Disember, 2022.

"Tiada caj lewat bayaran akan dikenakan bagi caruman gaji November yang dibayar kepada KWSP semasa tempoh lanjutan tersebut,” katanya.



KWSP juga memberi jaminan bahawa tiada data ahli, simpanan dan maklumat lain telah terjejas atau dikompromi semasa tempoh gangguan.

KWSP memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. - Bernama

Artikel Berkaitan: