Chong Wei luah rasa bangga, terkejut jumpa menteri

Chong Wei (kanan) bersama Hannah di MSN pada Jumaat. - Foto FB Lee Chong Wei
Chong Wei (kanan) bersama Hannah di MSN pada Jumaat. - Foto FB Lee Chong Wei
A
A
A

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa terkejut dan bangga apabila dijemput Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk menyertai mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) pada Jumaat.

Beliau berkata, mesyuarat itu memberi peluang kepada bekas atlet melontarkan pandangan bagi menangani isu berkaitan pengurusan sukan negara.

"Dua perasaan yang dirasai apabila dijemput oleh Menteri Belia dan Sukan ke mesyuarat Lembaga Pengurus MSN.

"Bangga sebab dipelawa untuk memberi pendapat sebagai bekas atlet negara dalam menangani isu-isu pengurusan sukan negara.

"Terkejut kerana bukan baru sahaja drama politik berakhir (berakhir dengan happy ending nasib baik), YB (Yang Berhormat) ni terus bertindak laju," tulis beliau di Facebook pada Jumaat.

Chong Wei turut berharap senario politik negara terus aman dan arena sukan negara berkembang maju serta berjaya.

"Moga politik terus aman, ringgit terus naik, sukan terus maju. Majulah Sukan Untuk Negara," katanya.

Artikel Berkaitan: