Tanah runtuh: Mayat di HKL dihantar semula ke Sungai Buloh

Sebuah kenderaan polis dipercayai membawa mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tiba di HKL pada Jumaat.
Sebuah kenderaan polis dipercayai membawa mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tiba di HKL pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kenderaan polis dipercayai membawa mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 12.20 tengah hari.

Bagaimanapun, 10 minit kemudian mayat mangsa berkenaan dibawa keluar untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Jurucakap HKL memberitahu, tindakan itu dibuat selepas menerima arahan terbaharu daripada pihak polis.

Sinar harian melaporkan, sekitar 100 orang pengunjung dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father's Organic Farm, Batang Kali awal pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan merupakan anggaran awal daripada pihak polis dipercayai terbabit dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.

"Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas 1 ekar.

"Maklumat terkini sekitar jam 5 pagi, seramai 31 orang telah berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan penyelamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: