Tiga lelaki direman periksa MPV polis

Tiga lelaki yang dipercayai mengganggu anggota polis menjalankan tugas semasa PRK DUN Rantau Sabtu lepas direman selama tiga hari bermula hari ini.
Tiga lelaki yang dipercayai mengganggu anggota polis menjalankan tugas semasa PRK DUN Rantau Sabtu lepas direman selama tiga hari bermula hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga lelaki yang dipercayai memeriksa MPV dan mengganggu anggota polis menjalankan tugas semasa PRK DUN Rantau Sabtu lepas direman selama tiga hari bermula hari ini.

Suspek berusia 36 hingga 52 tahun itu dibawa oleh polis ke Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.30 pagi dan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman di sini.

Mereka direman sehingga 17 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Perkara tersebut disahkan Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Suspek berusia 36 hingga 52 tahun itu dibawa oleh polis ke Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Suspek berusia 36 hingga 52 tahun itu dibawa oleh polis ke Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, polis seterusnya menahan seorang lagi suspek berusia 37 tahun di Rantau semalam.

Pada 13 April lalu iaitu semasa hari pengundian PRK DUN Rantau, lima lelaki dipercayai penyokong sebuah parti bertindak memeriksa sebuah MPV polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis masing-masing berpangkat sarjan dan koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas undi PRK DUN Rantau.

Artikel Berkaitan:

Lima lelaki terbabit meminta anggota polis terlibat membuka bonet MPV polis tersebut kerana mengesyaki kenderaan itu membawa kertas lebihan undi.