Arif Aiman sambar tiga gelaran ABK22

Arif Aiman
Arif Aiman
A
A
A

BINTANG muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22).

Pemain berusia 20 tahun itu berjaya mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu selepas tampil dengan persembahan cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini.

Arif Aiman menjadi antara tunjang utama kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih quadruple dengan menyapu bersih semua kejuaraan musim ini iaitu Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Selain memenangi MVP, Arif Aiman yang berjaya meledak 8 gol dan 16 bantuan jaringan musim ini turut mempertahankan dua lagi anugerah iaitu Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Arif Aiman, dia mahu memberikan penghargaan kepada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan serta kepercayaan kepadanya.

Pertama sekali saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada TMJ yang sentiasa memberikan peluang berharga kepada pemain-pemain muda seperti saya.

“Tidak dilupakan kepada ketua jurulatih (Hector Bidoglio) dan pegawai-pegawai JDT yang sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada musim ini.

“Bagi keluarga saya, terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya serta sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada saya. Tidak dilupakan kepada penyokong-penyokong JDT,” katanya.

Artikel Berkaitan:

SENARAI PEMENANG ABK22

Pemain paling bernilai (MVP): Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)

Penyerang terbaik: Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)

Pemain muda terbaik: Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT)

Pertahanan terbaik: Shahrul Saad (JDT)

Pemain tengah terbaik: Afiq Fazail (JDT)

Pemain import terbaik: Bergson da Silva (JDT)

Penjaga gol terbaik: Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)

Pasukan terbaik: JDT

Jurulatih terbaik: Nafuzi Zain (Terengganu FC)

Gol terbaik: Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)

Fair play: PJ City FC