Mirnawan buka restoran wagyu

Mirnawan (dua dari kiri), Rizam (tengah), Edwin Tan Eng Yew (dua dari kanan) dan Dylan Lim Chi Hong (kanan) ketika majlis perasmian restoran Wagyu Master pada Khamis.
Mirnawan (dua dari kiri), Rizam (tengah), Edwin Tan Eng Yew (dua dari kanan) dan Dylan Lim Chi Hong (kanan) ketika majlis perasmian restoran Wagyu Master pada Khamis.
A
A
A

IMPIAN zaman kanak-kanak legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi untuk menceburi bidang perniagaan makanan akhirnya tercapai apabila beliau membuka sebuah restoran dikenali Wagyu Master Malaysia.

Menurut Mirnawan, restorannya yang terletak di Chow Kit merupakan projek bersama tiga lagi rakan kongsi membawakan daging wagyu halal khas kepada peminat makanan itu di negara ini.

"Perniagaan ini dibina atas pengalaman yang lalu. Sebenarnya saya memang minat dalam bidang ini sejak dahulu lagi.

Selepas ini mungkin jika ada rezeki kita akan membuka lagi cawangan ini di tempat-tempat lain bagi mengembangkan lagi perniagaan ini.

"Wagyu Master Malaysia adalah cawangan pertama di buka di luar Taiwan," katanya kepada media ketika majlis perasmian restoran tersebut pada Khamis.

Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.

Dalam pada itu, Mirnawan menjelaskan daging wagyu di restorannya diperolehi dari Miyazaki, Jepun yang mempunyai pusat penyembelihan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).

"Jakim sangat proaktif dan tahu rakyat Malaysia, ramai gemar dengan daging wagyu. Justeru penggemar daging halal tidak perlu risau untuk makan daging disini,”katanya.

Artikel Berkaitan: