Keputusan, penyata pengundian PRU15, PRK DUN Bugaya diwartakan

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pewartaan itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang diadakan serentak dengan PRU15 pada 19 November lepas.

"Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: