SLM Advisory Firm Platform selesai masalah kewangan, hutang

A
A
A

Shirley (tengah) ketika menerima anugerah Asia Pasific Top Excellence Brand 2022-2024.
Shirley (tengah) ketika menerima anugerah Asia Pasific Top Excellence Brand 2022-2024.

PETALING JAYA - Syarikat khidmat nasihat kewangan, SLM Advisory Firm menyediakan platform kepada mereka yang dibelenggu masalah kewangan untuk mendapatkan nasihat berkaitan pengurusan hutang serta menambah pendapatan.

Pengasas dan Perunding Kewangan SLM Advisory Firm, Shirley Wong menjelaskan, perkhidmatan yang disediakan memberi jalan penyelesaian kepada golongan berkenaan selain alternatif kepada mereka untuk mengimbangi pendapatan melalui perkembangan sumber pelaburan.

“Sebagai contoh, 80 peratus daripada pelanggan kami setakat ini mempunyai masalah pembayaran balik pinjaman sejak terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku dua tahun lalu.

“Mereka akan datang kepada kami untuk mendapatkan pandangan dan nasihat bagi mencari solusi terbaik menerusi ‘financial coaching’ selain cara menguruskan gaji dengan baik bagi memenuhi kehendak tersebut.

“Selain itu, kami turut menawarkan perkhidmatan pengurusan komitmen bulanan dengan memberi khidmat nasihat untuk lakukan pelaburan aset,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Atas usaha yang dilakukan Shirley, SLM Advisory Firm kini berjaya membantu hampir 100 pelanggan keluar daripada beban masalah kewangan.
Atas usaha yang dilakukan Shirley, SLM Advisory Firm kini berjaya membantu hampir 100 pelanggan keluar daripada beban masalah kewangan.



Jelas Shirley, pihaknya menawarkan solusi berdasarkan kemampuan pelanggan dengan melihat semula pengurusan kewangan dalam perbelanjaan bulanan.

Ujarnya, kebanyakan pelanggan akan disarankan untuk membuat pelaburan berbentuk pembelian aset seperti rumah, bangunan dan sebagainya bagi memberi pulangan terbaik. Justeru katanya, pelanggan tidak lagi terbeban dengan hutang, malah memperoleh pendapatan tambahan daripada pelaburan tersebut.

“Kami cadangkan kepada mereka untuk membeli aset (mengikut kemampuan) seperti rumah lelong atau premis untuk disewakan semula kepada orang awam kerana harga ‘property’ di Malaysia termasuk rumah dan bangunan sentiasa meningkat sekali gus memberi keuntungan kepada pemilik.

“Sudah tentu, pengurusan kewangan mereka lebih baik jika aset yang dibeli dilaburkan semula mengikut perancangan yang diatur oleh pengurus kewangan.

“Ini adalah antara usaha kami untuk menyokong perkembangan ekonomi dengan memberikan kemahiran pengurusan wang agar pelanggan memperoleh kedudukan kukuh selain kekal berdaya tahan di masa akan datang,” katanya.

SHIRLEY WONG
SHIRLEY WONG



Dapat pengiktirafan Sementara itu, mengenai SLM Advisory Firm, Shirley memaklumkan, syarikat tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada Asia Pacific TOP Excellence Brand - Book Of TOP bagi kategori TOP Excellence Brand 2022- 2024.

Shirley menjelaskan, pasukannya telah menerima pujian memberangsangkan apabila menjalankan perkhidmatan yang profesional dengan membantu hampir 100 pelanggan keluar daripada beban hutang dan kesempitan wang.

“Anugerah yang diperolehi itu menjadi pemangkin semangat untuk saya berikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan dan hutang tidak terbayar.

“Tahun depan (2023) akan menjadi permulaan besar buat kami dan SLM Advisory Firm akan berkembang lebih besar dan maju,” ujarnya.

Azam ubah hidup

Berkongsi pengalamannya memulakan syarikat berkenaan, Shirley memberitahu, pada awalnya dia tidak memiliki pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan kerana berkhidmat dalam industri kecantikan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bertekad meninggalkan pekerjaannya setelah berkahwin dengan pasangan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anaknya.

Setelah lima tahun tidak mempunyai pendapatan sendiri dan bertukar status kepada ibu tunggal, wanita itu berazam mahu ubah kehidupan dan kembali menguruskan kewangan.

No Image Caption

“Saya tiada tempat bergantung hanya ada ‘poket’ kosong. Saya tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai setelah bertahun-tahun meninggalkan tempat kerja lama.

“Namun saya tidak boleh menyerah kalah dengan kehidupan kerana mempunyai dua orang anak yang memerlukan saya.

“Namun kini saya akhirnya boleh berdiri di atas pentas (terima pengiktirafan), bangga untuk beritahu kepada mereka di luar sana, saya mampu mengubah kehidupan dengan lebih baik,” ujarnya.

INFO

Nama syarikat: SLM Advisory Firm

Pengasas dan Perunding Kewangan: Shirley Wong

Telefon: 016-2375923

E-mel: slmadvisoryfirm55@gmail.com