MR D.I.Y bantu Zoo Melaka melalui inisiatif #DIY4Zoo

Sukarelawan MR.DIY Cares, pekerja Zoo Melaka dan kanak-kanak dari Soroptimist International Melaka di hadapan 'Jungle of The Apes'.
Sukarelawan MR.DIY Cares, pekerja Zoo Melaka dan kanak-kanak dari Soroptimist International Melaka di hadapan 'Jungle of The Apes'.
A
A
A

MELAKA - Kumpulan MR D.I.Y melalui inisiatif #DIY4Zoo telah melakukan penambahbaikan dan pengubahsuaian kawasan mawas dan tuntung, pemasangan papan tanda berinformasi dan pembaikan kemudahan- kemudahan am di Zoo Melaka, baru-baru ini.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, peruncit perkakas rumah terbesar negara itu juga turut menyumbangkan empat set bangku baharu untuk kegunaan pengunjung di zoo tersebut yang kini berusia 59 tahun.

Menurut kenyataan itu, MR D.I.Y melancarkan inisiatif #DIY4Zoo pada tahun 2022 dan ia merupakan sebahagian daripada usahanya untuk membina perniagaan lestari yang dapat menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia.

“Zoo Melaka adalah antara lokasi ikonik sejak sekian lama dan telah menjadi kemestian untuk rakyat tempatan dan pelancong berkunjung ke sini apabila singgah ke bandar raya bersejarah ini.

“Kita perlu menyokong lokasi-lokasi tumpuan pengunjung atau pelancong seperti ini untuk melindungi warisan negara dan membantu komuniti tempatan agar terus maju. Kami berharap lebih banyak perusahaan korporat lain akan melakukan perkara yang sama,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis berkata, MR D.I.Y. adalah organisasi korporat besar pertama yang membantu zoo itu menambah baik ruang-ruang peliharaan haiwan.

Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan #DIY4ZooMelaka kepada Timbalan Pengarah Zoo Melaka, Farizan Abdul Karim (dua dari kiri) dan disaksikan oleh Pegawai Zoo Melaka, Mohd Aizat Faizatul Azrin dan Pengurus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan MR D.I.Y., Bukhari Mokhtar pada program itu yang diadakan di Zoo Melaka, baru-baru ini.

“Zoo seluas 28.5 hektar (54 ekar) ini adalah yang kedua terbesar di Malaysia dan kini sedang menjalani transformasi untuk dijadikan sebagai konsep pameran haiwan secara terbuka yang akan dapat meningkatkan pengetahuan mengenai hidupan liar, pembiakan haiwan dan usaha-usaha pemuliharaan.

Artikel Berkaitan:

“Ini akan memberi ruang yang selamat dan informatif buat semua pengunjung dari kanak-kanak hinggalah para pelajar universiti untuk mempelajari mengenai alam sekitar. Kami berterima kasih kepada MR D.I.Y. atas sumbangan menerusi inisiatif #DIY4Zoo ini sememangnya amat istimewa,” katanya.

MR D.I.Y. melancarkan inisiatif #DIY4Zoo sebagai salah satu aktiviti keterlibatan komunitinya untuk membantu pelbagai organisasi dan komuniti yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Pada awal tahun ini, peruncit tersebut telah melengkapkan beberapa inisiatif untuk membantu Zoo Negara, termasuk penajaan haiwan-haiwan angkat, kerja- kerja pembaikan dan penyenggaraan kemudahan-kemudahan di zoo, serta telah menyumbangkan perkakas, kelengkapan, pakaian seragam dan pelitup muka edisi khas untuk kakitangan di zoo tersebut.