Pengasas Public Bank meninggal dunia

Teh Hong Piow - Foto Bernama
Teh Hong Piow - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Public Bank Berhad memaklumkan pemergian Pengasas dan Pengerusi Emeritusnya, Tan Sri Teh Hong Piow, 92 tahun pada jam 10.20 pagi hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, pemergian mendiang itu merupakan satu kehilangan besar buat Public Bank Group.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan Kumpulan Public Bank, kami merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Tan Sri Teh (Hong Piow),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Hong Piow mengasaskan Public Bank pada tahun 1965 pada usia 35 tahun.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Public Bank sejak memulakan operasi perniagaan pada 6 Ogos 1966.

Beliau melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan dilantik semula sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank pada 1 Julai 2002.

Selepas bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank pada 31 Disember 2018, beliau telah dianugerahkan gelaran Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Januari 2019, seterusnya kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Public Bank.

Artikel Berkaitan: