27 mangsa banjir Johor ditempatkan satu PPS

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan selepas kediaman penduduk dinaiki banjir di Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5, di Segamat pada Ahad
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan selepas kediaman penduduk dinaiki banjir di Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5, di Segamat pada Ahad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 27 mangsa banjir daripada sembilan keluarga di Segamat dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa banjir berkenaan adalah dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 yang ditempatkan ke PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak.

"Mereka dipindahkan selepas hujan lebat selama beberapa jam. Banjir dipercayai berlaku susulan limpahan air dari Sungai Muar.

"Pemantauan berterusan akan dilakukan melibatkan beberapa agensi," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Jelas JPBD, berdasarkan data JPS, bacaan paras air Sungai Muar di Kampung Awat, Batu Anam, Segamat melepasi paras bahaya dengan bacaan 20.00 meter manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat berada pada aras amaran iaitu 8.87 meter.

Artikel Berkaitan: