Gunung Feugo meletus lagi

Letusan terbaharu gunung berapi Feugo di Guatemala. - Foto Agensi
Letusan terbaharu gunung berapi Feugo di Guatemala. - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Gunung berapi Feugo terletak di Guatemala dilaporkan meletus sekali lagi, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi (Insivumeh) pada Ahad

"Aktiviti letusan diisytiharkan...berterusan menghasilkan asap tebal dan aliran lahar ke arah gaung Las Lajas," menurut ciapan di Twitter.

Tambahnya, awan yang dihasilkan aliran lahar adalah panas dan boleh menyebabkan debu jatuh di penempatan di bahagian barat dan barat daya gunung berapi serta menjejaskan laluan trafik udara.

Debu itu naik sehingga ketinggian 8,000 meter dari paras laut dan ia bergerak ke barat, barat laut serta ke timur laut dan tenggara pada jarak 45 kilometer," tambahnya.

Feugo adalah gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah dan terletak kira-kira 45 kilometer ke barat ibu negara Guatemala.

Ketinggian gunung tersebut ialah 3,763 kilometer dari aras laut.

Pada Jun 2018, letusan kuat gunung itu telah menjejaskan 1.7 juta rakyat atau 10 peratus daripada penduduk negara itu.

Sekurang-kurangnya 190 orang terkorban akibat letusan itu. - Agensi