'Usul undi percaya mahukan mandat jelas pimpin negara'

Anwar mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, pada Ahad. - Foto Bernama
Anwar mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Anwar berkata, beliau menjelaskan perkara itu semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

"Dari segi undang-undang, ia tidak diperlukan. Pendapat Peguam Negara juga tidak perlu sebab majoritinya jelas dan kuasa Yang di-Pertuan Agong juga jelas.

Yang di-Pertuan Agong menerima pandangan peguam negara (dan) bertanya saya selaku Perdana Menteri apakah Perdana Menteri merasakan perlu usul undi percaya kerana jumlahnya sudah jelas, pengakuan daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti kecil lain.